Berhubung dengan perkara diatas, Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012
bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma ditawarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada guru-guru yang layak memohon.Sila klik disini untuk maklumat lanjut
Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memaklumkan:-
Tarikh-tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2011; dan
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan
bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji
dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
Karnival MI2010 bagi Zon Selatan akan diadakan di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor pada 25 dan 26 September ini.
Apa
yang pasti, segala aktiviti menarik berkenaan sains serta teknologi
pasti mengujakan sesiapa jua yang datang berkunjung ke sana.
Karnival
yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran
kreatif dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat ke arah
penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat dengan
matlamat melahirkan satu negara yang inovatif.
Majlis Agama
Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1431H
bersamaan 2010M pada kadar RM5.00 & RM7.50 bersamaan satu gantang
beras.
Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 7.50
Umat
Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15%
hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi. Umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa yang ditunggu-tunggu setiap tahun.
Jadi disini ada disediakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Malaysia bagi tahun 2010 M / 1431 H.
Klik dan save untuk download jadual waktu imsak dan berbuka puasa:
Dikirim oleh ImAJ pada July 22 2010 08:47:26
Rata-rata kesatuan guru yang menghadiri perbincangan meja bulat yang
pertama mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) hari ini, bersetuju dengan
cadangan kerajaan itu.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia
(NUTP), Loke Yim Pheng berkata, pihaknya bersetuju dengan cadangan
pemansuhan itu tetapi dengan syarat mempunyai kaedah lain untuk menilai
prestasi pelajar.
Langkah
itu penting bagi mengukur serta menilai tahap pelajaran yang diterima
oleh pelajar dan mengelak mereka dan guru hilang tumpuan, katanya
kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas
menghadiri perbincangan meja bulat itu yang dihadiri hampir 140 wakil
golongan pendidik dan kesatuan guru termasuk dari Sabah dan Sarawak, di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya.
Mulai : 1 Februari 2010 hingga 31 Julai 2010
Tempat : Muzium Alam Semulajadi
Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya
Masa : 9.00 Pagi Hingga 5.00 Ptg
Pada 19/3/2010 - 28/3/2010 ini Kuala Lumpur Book Fair akan diadakan di
Putra World Trade Center< Kuala Lumpur, malaysia. untuk maklumat
lanjut sila ke url berikut http://www.kualalumpurbookfair.com/ .
Makluman Kepada Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat yang menyertai pertandingan MTQ Daerah Batu Pahat 2010 bolehlah muat turan format pendaftarn di laman web ini
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke 36 Tahun 2010 / 1431H pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
PENAFIAN : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.